Aku rasa post ini amat penting untuk semua umat islam di Malaysia yang berkemampuan. Anda sudah mendaftar ibadat Haji dengan Tabung Haji? Sebaik-baiknya buat secepat mungking kerana senarai menunggu sekarang adalah pada tahun 2032.
Tapi, kalau yang terlebih mampu tuh, tak yah susah daftar dekat tabung haji. Pergi daftar dengan mana-mana agency.Cepat dan mudah tapi kosnya pon 'double up' la. Harga semasa dengan tabung haji RM 10,000++. Dengan agency, maybe dalam RM 20,000++. tapi kalau nk layanan VIP, boleh mencecah sampai RM 100,000++. cek link neyh.
*Pakej Hajj*
Al-kisah disebalik post ini. Aku ada seorang makcik, dia tak tahu kalau nak pergi haji dengan tabung haji mesti daftar dahulu. Dia ingat kalau dah ada akaun tabung haji, tak payah nak daftar, tunggu nama dipanggil jek. Nasib baik la menantunya bagitahu kt makcik aku, kalau tak sampai ke sudah tak pergi haji. Umur pun da 50++ (ak pon tak ingat). Kalau tak silap, giliran makcik ak tahun 2028/2029. Mase tuh, umur dah 70 lebih. Hurmm.. Harap-harap panjang la umur makcik aku neyh.
Insya-Allah, kalau umurku panjang, aku pergi tahun 2032. Aku daftar bulan lepas, tak tahu la kalau senarai menunggu sekarang dah tukar kepada 2034 ke belum. Pada masa itu, umur aku 41 tahun dan harap-harap duit simpanan sudah terlebih cukup untuk menunaikan haji.
Macam mana? Ada dua cara, online ataupun pergi ke tabung haji yg berdekatan. Kalau online, boleh pergi link
INI dan ikutilah prosedur-prosedur seterusnya. Aku tak de pengalaman buat online, so aku pon tidak tahu menahu sangat. Kalau pergi tabung haji, macam biasa la isi borang. Isi borang pun ak tak tahu sebab ayah aku yg buatkan.haha.
2 perkara yg penting sebelum membuat permohonan.
- Mestilah ada akaun tabung haji. Aku rase semua ada. Kalau takde, pergi cepat-cepat daftar.
- Duit minimum dalam akaun mestilah sekurang-kurangya RM1300. Kira macam deposit la